Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Sunday 30 June 2013

Survival Diri , travelog Siswa

Mendaftar diri sebagai pelajar senior dan status rayuan kolej sedikit sebanyak memberikan adrenalin untuk menghabiskan sisa pengajian diplomaku dibumi dungun , yang telah ku jejak hampir tak sedar sudah 3 tahun

Dan juga tak disangka penginapan terakhirku di dungun ialah kolej redang, dan sememangnya sinonim dengan pelajar pelajar baru, apapun sejurus mendaftar aku diberi bilik level tiga ,masih belum tahu status roomatesku yang bakal menghuni bilik tersebut. 

Pada mulanya sedikit hampa kerna jauh tersasar dari rakan rakanku ,kerna sebahagian dari mereka ditempatkan di perhentian dan duyung, namun alhamdulillah masih diberi peluang utkku menetap di kolej, 
bilik yang ku huni itu agak sunyi , dan akhirnya bertemu dengan roomate pertama ku ,yang juga merupakan junior ku disekolah dan kami sama2 menjadi pengawas , sungguh tak sangka ketemu walaupun dia tak ingat aku mungkin status aku yang baru berpindah sekolah ketika itu,

Dipendekkan cerita,berada di redang membataskan waktu dan jarak utk aku berulang alik jika ada program dan meeting dan sebagainya ,lalu ku putuskan utk membawa motor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,permohonanku diluluskan . Kemudian bermulalah perjalananku sebagai penghuni redang, yang ku rasakan suasananya hidup dengan kehadiran adik adik baru ,dan menemukan aku juga dengan sahabat tahfizku di panglima. Riuh rendah suara junior menghiasi irama alam di redang.

Setelah berminggu ,baru ku sedar, roomatesku tak menetap di bilik masing masing, hanya aku berdua dengan juniorku,

Itulah situasinya, hingga berbulan bulan, dan satu satunya roomate ku finally ,join kawan kawan dia yang lain.

 Dan akhirnya tinggal aku seorang diri, tidur,bangun,study,makan, just alone, talk to myself
agak sukar sebenarnya, dugaan untuk study, bangun nak pergi class, memang struggle utk quiz and tests

Alhamdulillah pabila kita ingatkan Allah, Allah pasti bersama kita, namun hidup diluar bilik tak terasa susah kerna aku punya sahabat di perhentian dan duyung

bersambung...

 


Wednesday 26 June 2013

Wednesday 19 June 2013

Aku Pendengar Yang Setia : Ujian itu Penawar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca 



Moga semuanya dalam keadaaan sihat dan terus mengucapkan syukur kpd ALLAH S.W.T atas segala nikmat yang telah di berikan olehNya. Ada yang kaya ,ada yang miskin, ada yang sakit , ada yang sihat 
bersyukurlah kerna itu semuanya nikmat tanpa kita sedari. 

Kali ini hati ini tergerak utk menulis soal UJIAN yang mana setiap dari kita terbiasa dengannya , 
Apa yang dimaksudkan ujian? 
ujian ini satu kesusahan atau sebenarnya nikmat yang diberikan oleh Pencipta kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita menghadapi tiap satu jenis ujian 

Firman ALLAH S.W.T :
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

 Pabila diamati soal ujian ini , kesenangan itu juga ujian menguji sama ada kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan atau nikmat itu menyebabkan kita alpa dengan keindahan dunia , 
dan kesusahan itu juga ujian buat mereka yang berfikir kerna kesusahan akan mendidik jiwa kita untuk lebih bersyukur dan mendekatkan diri kepada ALLAH 

Sebagai perkongsian pengalaman , aku ditemukan dgn beberapa orang sahabat yang bertemankan ujian , ada sebahagiannya bersyukur dan ada yang merungut soal ujian
ada yang bertanya, Kenapa Aku di uji?kenapa tidak orang lain? kenapa aku miskin? kenapa hanya aku di uji sdg teman aku yang lain bahagia ,tidak punya masalah? 


Sebenarnya dengan menyoalkan sedemikian kita telah menafikan hak ALLAH sebagai Pencipta kita , lupakah kita hanya hambaNya, segala nikmat,ujian, musibah datang dariNya,
sebagai hambaNya, pujuklah diri untuk terus beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH , kerana apa? kerana ALLAH rindukan hambaNya yang sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya


Firman ALLAH S.W.T lagi : 

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]

Apa yang pasti setiap dari kita merasai ujian , dan setiap dari kita akan melalui ujian yang berbeza dan yakinlah bahawa ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang dia termampu.
Usahalah hadapi ujian itu dengan iman,perbanyakkan amal ,terus dan istiqamah mencintai agama ALLAH, 


Soal ujian ini jugalah banyak yang meragui janji ALLAH terhadap hambaNya, 
ada yang melontarkan , aku dah xlarat dengan ujian ni, aku dah tak snggup, kenapa ALLAH terus uji aku? malah ada yang cari jalan mudah dengan mahu membunuh diri 

Sebagai orang yang beriman , ALLAH adalah tempat sebaik2 pergantungan , sebaik2 tempat untuk memohon, sebaik baik tempat untuk meluahkan, kerna Dia  Pendengar Yang Setia,
 kerna setiap aib kita akan di jaga oleh ALLAH S.W.T . Yakinlah setiap laluan,setiap air mata yang mengalir ada hikmah mengalir bersamanya 

Diri ini juga tak pernah terlepas dari ujian dan sentiasa di uji,air mata juga sentiasa mengalir dan berkongsi bersama dengn sahabat2 yang menghadapi ujian , anggaplah ujian satu penawar yang menguji sejauh mana cinta kita kepada ALLAH. Jangan terus mengharapkan kesenangan ,kerna di sebalik kesusahan itu bersamanya ketakwaan.

sebagai renungan, sebesar apa ujian kita nak dibandingkan dengan saudara seIslam kita di bom,dibunuh,dirogol, dan mereka masih pertahankan kalimah LailahaillALLAH , 
sedangkan kita di diberikan sedikit ujian terus melatah 


Tips Menghadapi Ujian : 

1) Berdamping dengan orang beriman dan melakukan kebaikan 
2) Banyakkan mengadu kepada ALLAH S.W.T
3) Banyakkan amal dan munajat kepada ALLAH S.W.T 
4) Amalkan sedekah bagi yang mampu 
5) Sentiasa bayangkan ujian orang lain lebih besar dari ujian yang kita hadapi
6) Ucap alhamdulillah atas ujian dan istighfar saat kita mengeluh dengan ujian



semoga setiap dari kita diberikan kekuatan untuk menghadapi apa namanya UJIAN dan berdoalah kepada ALLAH agar diberikan teman yang boleh mendengar di saat susah dan senang ,insyaALLAH

dan ALLAH jua lah Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi 



 

Wednesday 5 June 2013

cinta anak muda pada siapa?

assalamualaikum buat semua , selamanya ucapan syukur kpd ALLAH S.W.T kerna telah memberikan kita ruang dan nikmat untuk terus hidup di atas dunia ini ,mendidik kita dengan ujian dan berusaha ke arah kehidupan yang abadi iaitu akhirat.

Sebenarnya kekeringan idea untuk menulis tentang sesuatu namun kerna sudah lama tidak melepaskan sesuatu dari blog ini tangan ini bergerak perlahan menulis dan mengharapkan rahmat ALLAH agar ada kebaikan dan manfaat di sebalik pena kali ini.

Alhamdulillah moga cinta kita semua terus berputik dan ukhwah yang terbina akan terus terjalin.Meneruskan lagi pena , tema entry kali ini soal cinta. Sudah pasti dan tentu setiap hati yang membaca kenal akan ertinya cinta.

Ramai anak muda hari ini, sangat ghairah pabila berbicara soal cinta akan tergambar secara maya couple, gf, bf atau nama popular balak dan sebagainya. Dan lupa mengenali cinta sebenar kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa. Mungkin ada yang pernah mendengar lagu daripada nowseeheart or saujana saya sendiri terlupa cinta kepada ALLAH,cinta Rasul cinta ibu bapa ,cinta kpd ummah ,cinta kepada kecemerlangan

Ini adalah kunci cinta yang sebenar, ada remaja lebih mengenali pasangannya yang kononnya kunci kebahagiaannya namun lupa dan tak pernah mengenali Penciptanya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bercinta sesama manusia malahan menganjurkan perkahwinan yang mana terletak kebahagiaan di dalamnya asalkan mengikuti segala arahan dan syariat yang jelas terkandung bersama Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini cuba kita hitung berapa banyak remaja yang mengalir air matanya kerna putus cinta dengan kekasihnya berbanding putus cinta kepada ALLAH dan Rasulnya?
sudah tentu kita hanya mampu menelan air liur kita untuk menepiskan fakta ini, 
anak muda kini tenggelam dalam kesenangan dan kebahagiaan duniawi lantas lupa akan kebahagiaan yang kekal abadi.

Namun bukan semua yang hanyut tenggelam ,masih ada bakinya yang mampu menjulang panji Islam , menegakkan kembali , cuma semangat itu perlu dipikul bersama,di janakan kembali bersama jemaah yang lebih besar untuk padukan kekuatan kerna setiap dari kita perlu bersatu , kita perlu tenggelamkan hawa nafsu untuk pimpin diri kita ke arah yang lebih bermanfaat.

Apa yang mahu kita bekalkan saat berada di depan ALLAH nanti pabila di dunia tiada cinta kita buatNya, Pencipta kita?Sudah tentu berada di alam sana kita sudah tidak mampu berbuat apa apa hanya meraung insaf tiada guna, balasan dan seksa bakal diterima kerna di dunia tiada endah cinta buatNya.

Remaja itu antara tunjang negara , aset termahal untuk memimpin dan menjulang setiap kekuatan yang ada 
Ibu bapa yang mencorakkan perjalanan kehidupan anak muda , bermula dari kain yang suci tiada ternoda 
merangkak ke dunia memilih jalan sama ada bahagia selamanya atau jalan binasa

Sahabat itu pendamping remaja , ada yang membimbing memimpin tangan bergerak ke masa depan yang bercahaya dan ada memimpin ke jalan yang suram dan duka , 
pilihlah cahaya yang menerangimu kerna ianya tidak terhenti di dunia setiap amalmu di panjangkan di akhirat sana

Dan ilmu agama dan kefahaman itu antara senjata yang akan membuatkan mu sentiasa berwaspada dalam meneruskan hidup yang sentiasa dalam pancaroba.
Sematkanlah bersama ilmu di dalam hati ,kefahaman yang datang itu perlu disertai dengan amal
 tinggalkan jalan dan hidup yang kita sendiri tidak pasti kemana ,jalan sudah tersedia ikutlah apa yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah. 

Sudah tiba masa tinggalkan cinta yang sia sia, belajarlah mencintai ALLAH yang akan sentiasa membalas cinta kita ,yang takkan pernah melupakan kita  .








Tahajud : Firman ALLAH S.W.T 73:1-4


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...