Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Tuesday, 30 July 2013

DOA SELEPAS SOLAT

Assalamualaikum 


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahirabbil 'alamin
Segala puji bagi Allah yg menguasai seluruh alam

Allahummasolli 'alaa sayyidina Muhammadin wa'alaa alii sayyidina Muhammad
Ya Allah, curhkankanlah sholawat serta salam bagi Nabi Muhammad SAW dan kpd keluarganya dan para sahabat semuanya

Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut
Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu, berkat rizki serta taubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan ampunan setelah mati

Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab 
Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut, Selamatkan kami dari api neraka, Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan

Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana Wa hablana milladunka rahmah Innaka anta al-wahab
Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, Berilah kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi 

Rabbana atina fid-dunya hasanah Wa fil-akhirati hasanah Wa qina adzabannar
Ya Tuhan kami, Karuniailah kepada kami kebaikan di dunia dan karuniailah kepada kami kebaikan di akherat serta peliharalah kami dari adzab neraka

Sunday, 28 July 2013

Next DEstination : Bachelor of Administrative Science (Hons)

Alhamdulillah seperti selalu , syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya, Allah Yang Maha Pemberi.

Debaran dan yang ditunggu telah berlalu hehe , keputusan ke degree telah diketahui pada 19 Julai 2013 tarikh yang menjadi kenangan hidup dan telah diceritakan pada entry yang lepas kalau korang bacalah haha .
Setelah hampir 3 tahun bertarung,bertahan di uitm dungun pelbagai kenangan diukir di sana walaupun tak famous kat sana hahaha. Untuk yang belum mengenali sebelum ini aku mengambil jurusan diploma pentadbiran awam yang umum kos ini pada asalnya 3 tahun dan telah disingkatkan kepada 2 tahun setengah
yang mana merangkumi subjek ctu,bel,pad iaitu public admin,economy,account,law, and many more.
Kepada mana mana yang berminat dengan sejarah atau membaca anda disarankan untuk mengambil kos ini , namun jika anda berasal dari jurusan sains jangan takut kos ini salah satu peluang terbaik anda walaupun tidak punya basic account or economy .

Okay next haha : Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
                           Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam

Mungkin ada yang resah dan keliru apabila mendapat tawaran ini, terfikir apa benefit dan advantages apabila terjebak dengan course ini bukan ?

disini ada sedikit imbasan buat anda : 


Programme Information

The Bachelor of Administrative Science (Honours), acronym BAS (Hons), is a 3 year programme which prepares graduates for employment in the public and private sectors. The programme is a creative and unique blend of the knowledge and skills needed to thrive in these sectors. Strategic management, people management and technology management underpin the programme. With a multidisciplinary focus, administration bias and a global orientation, the programme provides the students with a healty mix of knowledge base that is a sine qua non for employment in the new millennium. The students can further deepen their knowledge and hone their skills by choosing from a range of elective to match their own preference and career plans.


The programme is offered in the Shah Alam, Sarawak, Sabah, Melaka, Kedah and Terengganu will be offered in other UiTM campuses in the near future.

credit to : link for information bachelor of admin science

dan course ini mendedahkan tentang currents issues,poltics,our goverment, anda the administration handled by them yang akan beri peluang untuk kita concern dengan apa yang berlaku dalam or luar negara. 
Peluang pekerjaan focus on goverment sector compared to bachelor of corporate admin more to private sector. Nak jadi pegawai tadbir diplomat (PTD) bolehlah apply by this added value for this course. 

Memandangkan aku dari penerapan diploma akhir uitm dan ke degree uitm , okay teruja nak bagitahu haha,
kami terus ke semester 3 kerana boleh transfer credit dari dip. Ini yang menariknya hehe so jimatlah masa for one year kan , jadi tempoh masa matang for me is 2 tahun to finish my degree. 

here the course outline : 
                                         Subject :    Part 1 till Part 2

Subject : Part 3 till Part 6




Yang tengah pening lagi macam mana course ini dan apa semua jangan risau ,try dulu belum cuba belum tahu kan,dah masuk mesti suka hahaa promote sikit 

walaupun suka,gembira tapi pada masa yang sama eden poning juga ,shah alam tuh dah lah kampus besar silap silap mau sesat hahaha satu lagi jauh dengan family dan shah alam hanya kampus transit kami dan kampus tetap kami adalah seremban 3 yang akan dibuka tidak lama lagi

sekian dari kami , kawe ,ambo ,ceq,
hahaha

selamat berpuasa dan salam kemaafan. 


Monday, 22 July 2013

Catatan : Merisik Khabar Kejayaan

Terhenti sejenak fikiran ku menjengah masa depan yang masih belum pasti, mengimbau kembali masa silam , zaman kanak kanakku yang hadir dengan pelbagai harapan dan impian.
Mungkin masih ada dalam kalangan rakan rakanku yang masih belum jelas soal kehidupan mereka. 


Status kelas pertengahan memotivasikan kami untuk berusaha sekadar yang termampu biarpun tidak berada dalam kalangan pelajar pintar. Namun ianya tidak menghentikan niat dihati untuk berjaya. Bermula dizaman sekolah pelbagai cita cita bermain di kotak fikiran pada mulanya pegawai tentera ,guru, ahli sejarah,ahli arkeologi mungkin kerna faktor meminati sejarah ,barangkali ianya hanya angan angan mentah . 

Seterusnya melangkah ke peringkat kehidupan yang lebih mendewasakan, dari kanak kanak ke tingkat remaja dan kini ke peringkat dewasa. Mungkin tak banyak kejayaan untuk dikongsikan namun ambillah sebahagian daripadanya sekiranya ia bermanfaat . 

Ya, aku bukan berasal dari keluarga yang cemerlang yang rata ratanya berlatarkan universiti dan menjadi mahasiswa hanya ,keluarga biasa. Hanya jumlah kecil keluargaku yang berjaya mendapat tempat di universiti dan faktor kemiskinan memaksa sebahagiannya melupakan cita cita dan harapan. 

Melangkah ke diploma selepas tamat spm mungkin perkara common bagi sebahagian orang yang berjaya namun bagi keluargaku mungkin ianya satu titik mula ,detik kejayaan dan harapan keluarga. Kerna ilmu itu pengubah kehidupan dan penentu kejayaan. Aku juga tak menyangka akan menghabiskan diploma saat rakan rakanku ada yang mengalah , tapi alhamdulillah walaupun sedikit lambat aku bersyukur ,detik itu semakin menghampiri. 

Kini tiba saat menunggu keputusan degree yang dalam kiraan ku peratusnya sangat tipis barangkali soal result yang tak begitu baik berbanding yang lain. Menunggu jawapan dari uitm sememangnya mengundang jiwa gundah ,hati melayang memikirkan masa depan yang masih tak terjejak. Tanggal 19 julai 2013 menjadi saksi , tanganku menyusuri tetikus dan papan keyboard memerhati tiap gerak browser yang dibuka, jantung pasti menari laju menantikan apa yang menanti .

Alhamdulillah , terpampang anda ditawarkan, hanya Allah yang tahu , melompat kegembiraan , lalu berkejar mendapatkan ma yang ada dibawah menantikan keputusannya . Sujud syukur kepadaNya.


Barangkali cerita aku ini hanya cerita kosong dan biasa sahaja, namun apa yang ada dalam hatiku ingin melihat ianya menjadi motivasi kepada sahabat2 di luar sana agar melihat dan merenung pada diri agar jangan berputus asa dengan usaha dan tawakal kepadaNya ianya pasti bisa dicapai . 

aku anak yatim , dan kamu mungkin senasib denganku , mungkin ada yang lebih dahsyat ujiannya
bangkitlah untuk apa yang namanya kejayaan. 

Sunday, 30 June 2013

Survival Diri , travelog Siswa

Mendaftar diri sebagai pelajar senior dan status rayuan kolej sedikit sebanyak memberikan adrenalin untuk menghabiskan sisa pengajian diplomaku dibumi dungun , yang telah ku jejak hampir tak sedar sudah 3 tahun

Dan juga tak disangka penginapan terakhirku di dungun ialah kolej redang, dan sememangnya sinonim dengan pelajar pelajar baru, apapun sejurus mendaftar aku diberi bilik level tiga ,masih belum tahu status roomatesku yang bakal menghuni bilik tersebut. 

Pada mulanya sedikit hampa kerna jauh tersasar dari rakan rakanku ,kerna sebahagian dari mereka ditempatkan di perhentian dan duyung, namun alhamdulillah masih diberi peluang utkku menetap di kolej, 
bilik yang ku huni itu agak sunyi , dan akhirnya bertemu dengan roomate pertama ku ,yang juga merupakan junior ku disekolah dan kami sama2 menjadi pengawas , sungguh tak sangka ketemu walaupun dia tak ingat aku mungkin status aku yang baru berpindah sekolah ketika itu,

Dipendekkan cerita,berada di redang membataskan waktu dan jarak utk aku berulang alik jika ada program dan meeting dan sebagainya ,lalu ku putuskan utk membawa motor. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,permohonanku diluluskan . Kemudian bermulalah perjalananku sebagai penghuni redang, yang ku rasakan suasananya hidup dengan kehadiran adik adik baru ,dan menemukan aku juga dengan sahabat tahfizku di panglima. Riuh rendah suara junior menghiasi irama alam di redang.

Setelah berminggu ,baru ku sedar, roomatesku tak menetap di bilik masing masing, hanya aku berdua dengan juniorku,

Itulah situasinya, hingga berbulan bulan, dan satu satunya roomate ku finally ,join kawan kawan dia yang lain.

 Dan akhirnya tinggal aku seorang diri, tidur,bangun,study,makan, just alone, talk to myself
agak sukar sebenarnya, dugaan untuk study, bangun nak pergi class, memang struggle utk quiz and tests

Alhamdulillah pabila kita ingatkan Allah, Allah pasti bersama kita, namun hidup diluar bilik tak terasa susah kerna aku punya sahabat di perhentian dan duyung

bersambung...

 


Wednesday, 26 June 2013

Wednesday, 19 June 2013

Aku Pendengar Yang Setia : Ujian itu Penawar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca 



Moga semuanya dalam keadaaan sihat dan terus mengucapkan syukur kpd ALLAH S.W.T atas segala nikmat yang telah di berikan olehNya. Ada yang kaya ,ada yang miskin, ada yang sakit , ada yang sihat 
bersyukurlah kerna itu semuanya nikmat tanpa kita sedari. 

Kali ini hati ini tergerak utk menulis soal UJIAN yang mana setiap dari kita terbiasa dengannya , 
Apa yang dimaksudkan ujian? 
ujian ini satu kesusahan atau sebenarnya nikmat yang diberikan oleh Pencipta kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita menghadapi tiap satu jenis ujian 

Firman ALLAH S.W.T :
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

 Pabila diamati soal ujian ini , kesenangan itu juga ujian menguji sama ada kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan atau nikmat itu menyebabkan kita alpa dengan keindahan dunia , 
dan kesusahan itu juga ujian buat mereka yang berfikir kerna kesusahan akan mendidik jiwa kita untuk lebih bersyukur dan mendekatkan diri kepada ALLAH 

Sebagai perkongsian pengalaman , aku ditemukan dgn beberapa orang sahabat yang bertemankan ujian , ada sebahagiannya bersyukur dan ada yang merungut soal ujian
ada yang bertanya, Kenapa Aku di uji?kenapa tidak orang lain? kenapa aku miskin? kenapa hanya aku di uji sdg teman aku yang lain bahagia ,tidak punya masalah? 


Sebenarnya dengan menyoalkan sedemikian kita telah menafikan hak ALLAH sebagai Pencipta kita , lupakah kita hanya hambaNya, segala nikmat,ujian, musibah datang dariNya,
sebagai hambaNya, pujuklah diri untuk terus beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH , kerana apa? kerana ALLAH rindukan hambaNya yang sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya


Firman ALLAH S.W.T lagi : 

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]

Apa yang pasti setiap dari kita merasai ujian , dan setiap dari kita akan melalui ujian yang berbeza dan yakinlah bahawa ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang dia termampu.
Usahalah hadapi ujian itu dengan iman,perbanyakkan amal ,terus dan istiqamah mencintai agama ALLAH, 


Soal ujian ini jugalah banyak yang meragui janji ALLAH terhadap hambaNya, 
ada yang melontarkan , aku dah xlarat dengan ujian ni, aku dah tak snggup, kenapa ALLAH terus uji aku? malah ada yang cari jalan mudah dengan mahu membunuh diri 

Sebagai orang yang beriman , ALLAH adalah tempat sebaik2 pergantungan , sebaik2 tempat untuk memohon, sebaik baik tempat untuk meluahkan, kerna Dia  Pendengar Yang Setia,
 kerna setiap aib kita akan di jaga oleh ALLAH S.W.T . Yakinlah setiap laluan,setiap air mata yang mengalir ada hikmah mengalir bersamanya 

Diri ini juga tak pernah terlepas dari ujian dan sentiasa di uji,air mata juga sentiasa mengalir dan berkongsi bersama dengn sahabat2 yang menghadapi ujian , anggaplah ujian satu penawar yang menguji sejauh mana cinta kita kepada ALLAH. Jangan terus mengharapkan kesenangan ,kerna di sebalik kesusahan itu bersamanya ketakwaan.

sebagai renungan, sebesar apa ujian kita nak dibandingkan dengan saudara seIslam kita di bom,dibunuh,dirogol, dan mereka masih pertahankan kalimah LailahaillALLAH , 
sedangkan kita di diberikan sedikit ujian terus melatah 


Tips Menghadapi Ujian : 

1) Berdamping dengan orang beriman dan melakukan kebaikan 
2) Banyakkan mengadu kepada ALLAH S.W.T
3) Banyakkan amal dan munajat kepada ALLAH S.W.T 
4) Amalkan sedekah bagi yang mampu 
5) Sentiasa bayangkan ujian orang lain lebih besar dari ujian yang kita hadapi
6) Ucap alhamdulillah atas ujian dan istighfar saat kita mengeluh dengan ujian



semoga setiap dari kita diberikan kekuatan untuk menghadapi apa namanya UJIAN dan berdoalah kepada ALLAH agar diberikan teman yang boleh mendengar di saat susah dan senang ,insyaALLAH

dan ALLAH jua lah Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi 



 

Wednesday, 5 June 2013

cinta anak muda pada siapa?

assalamualaikum buat semua , selamanya ucapan syukur kpd ALLAH S.W.T kerna telah memberikan kita ruang dan nikmat untuk terus hidup di atas dunia ini ,mendidik kita dengan ujian dan berusaha ke arah kehidupan yang abadi iaitu akhirat.

Sebenarnya kekeringan idea untuk menulis tentang sesuatu namun kerna sudah lama tidak melepaskan sesuatu dari blog ini tangan ini bergerak perlahan menulis dan mengharapkan rahmat ALLAH agar ada kebaikan dan manfaat di sebalik pena kali ini.

Alhamdulillah moga cinta kita semua terus berputik dan ukhwah yang terbina akan terus terjalin.Meneruskan lagi pena , tema entry kali ini soal cinta. Sudah pasti dan tentu setiap hati yang membaca kenal akan ertinya cinta.

Ramai anak muda hari ini, sangat ghairah pabila berbicara soal cinta akan tergambar secara maya couple, gf, bf atau nama popular balak dan sebagainya. Dan lupa mengenali cinta sebenar kita iaitu ALLAH Yang Maha Esa. Mungkin ada yang pernah mendengar lagu daripada nowseeheart or saujana saya sendiri terlupa cinta kepada ALLAH,cinta Rasul cinta ibu bapa ,cinta kpd ummah ,cinta kepada kecemerlangan

Ini adalah kunci cinta yang sebenar, ada remaja lebih mengenali pasangannya yang kononnya kunci kebahagiaannya namun lupa dan tak pernah mengenali Penciptanya.Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bercinta sesama manusia malahan menganjurkan perkahwinan yang mana terletak kebahagiaan di dalamnya asalkan mengikuti segala arahan dan syariat yang jelas terkandung bersama Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini cuba kita hitung berapa banyak remaja yang mengalir air matanya kerna putus cinta dengan kekasihnya berbanding putus cinta kepada ALLAH dan Rasulnya?
sudah tentu kita hanya mampu menelan air liur kita untuk menepiskan fakta ini, 
anak muda kini tenggelam dalam kesenangan dan kebahagiaan duniawi lantas lupa akan kebahagiaan yang kekal abadi.

Namun bukan semua yang hanyut tenggelam ,masih ada bakinya yang mampu menjulang panji Islam , menegakkan kembali , cuma semangat itu perlu dipikul bersama,di janakan kembali bersama jemaah yang lebih besar untuk padukan kekuatan kerna setiap dari kita perlu bersatu , kita perlu tenggelamkan hawa nafsu untuk pimpin diri kita ke arah yang lebih bermanfaat.

Apa yang mahu kita bekalkan saat berada di depan ALLAH nanti pabila di dunia tiada cinta kita buatNya, Pencipta kita?Sudah tentu berada di alam sana kita sudah tidak mampu berbuat apa apa hanya meraung insaf tiada guna, balasan dan seksa bakal diterima kerna di dunia tiada endah cinta buatNya.

Remaja itu antara tunjang negara , aset termahal untuk memimpin dan menjulang setiap kekuatan yang ada 
Ibu bapa yang mencorakkan perjalanan kehidupan anak muda , bermula dari kain yang suci tiada ternoda 
merangkak ke dunia memilih jalan sama ada bahagia selamanya atau jalan binasa

Sahabat itu pendamping remaja , ada yang membimbing memimpin tangan bergerak ke masa depan yang bercahaya dan ada memimpin ke jalan yang suram dan duka , 
pilihlah cahaya yang menerangimu kerna ianya tidak terhenti di dunia setiap amalmu di panjangkan di akhirat sana

Dan ilmu agama dan kefahaman itu antara senjata yang akan membuatkan mu sentiasa berwaspada dalam meneruskan hidup yang sentiasa dalam pancaroba.
Sematkanlah bersama ilmu di dalam hati ,kefahaman yang datang itu perlu disertai dengan amal
 tinggalkan jalan dan hidup yang kita sendiri tidak pasti kemana ,jalan sudah tersedia ikutlah apa yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah. 

Sudah tiba masa tinggalkan cinta yang sia sia, belajarlah mencintai ALLAH yang akan sentiasa membalas cinta kita ,yang takkan pernah melupakan kita  .








Tahajud : Firman ALLAH S.W.T 73:1-4


Sunday, 12 May 2013

Officially graduate : UiTM Dungun

Assalamualaikum semua ! and hello everyone!

adalah saya dengan ini khairulanwar bin ismail secara rasminya telah berjaya menghabiskan pelajaran diperingkat diploma dalam bidang Dip In Public Administration UiTM Dungun Terengganu ataupun nama melayunya Diploma Pentadbiran Awam


Jujurnya memang agak risau setelah mendengar keputusan final exam akan keluar pada 9 Mei 2013 , sampai tak boleh tidur malam tu nampak tak effect dia macam mana haha

namun pada pagi 9 mei tetap ku teruskan jua, dengan bekal solat sunat dhuha dan hajat serta zikir ku buka email dan secara perlahan lahan melihat ke paparan skrin

akhirnya segala puji bagi ALLAH , keputusan yang sangat2 ku impikan walaupun tak berjaya meraih 4 flat seperti orang lain aku syukur akhirnya tamat penantianku.
Penghargaan semestinya kpd ALLAH, ibu , guru2 dan pensyarah ,keluargaku, sahabat2, dan semua yang terlibat secara tak langsung

Siapa sangka anak yatim ini yg dibesarkan dlm sederhana, tanpa ayah boleh berjaya walaupun banyak kali gagal dalam hidup ,berkat usaha dan doa seorang ma akhirnya berjaya mendapatkan diploma walaupun tak sehebat yang lain.

teringat kata2 rakanku ada yang seperti tak mahu melihat aku grad, katanya aku rasa mu takkan grad lg kot ,ada lg sem dpan, memang agak frust namun aku tekad walau macam mana pon aku nak grad and success. 

Pesan aku : walaupun kita sering jatuh dan menghadapi kegagalan, jadikanlah ia sebagai satu semangat untuk kita memperbaiki diri , benar kegagalan satu kepahitan, untuk tukarkan ia menjadi kejayaan , kegagalan itu perlu dibaiki dan ditambah dgn usaha yg lebih baik untuk menjadikan ia lebih manis. 


Friday, 19 April 2013

Jejak Pulau Kapas

Assalamualaikum semua,kiranya sudah lama saya tak post something new kan hehe haa semua sihat ke?
mintak mintak semua berada dalam keadaan sihat dan dalam kasih sayang ALLAH S.W.T.

Cuba teka apa post kali ni? tgk title pon dah tau kan hehe alhamdulillah dapat peluang jejak kaki ke Pulau Kapas yang mana disponsor oleh abg sepupu saya datang bercuti dr selangor. Mula mulanya memang tak terfikir pon nak cuti kat mana mana pulau mungkin rezeki dari ALLAH. 

Kami bertolak dari rumah awal pagi sekitar pukul 8 pagi sampai pula kira kira 8.45 pagi di pejabat mak gemuk beach resort berhampiran jeti pulau kapas. Sementara menunggu bot untuk bertolak kita snap dulu ea hehe.. 
Kira kira pukul 9 kami pon bertolak dengan menaiki bot , bersama sama dgn yang lain , haa kat bawah ni ada gambar : 

 Hampir pukul lebih kira kira 15 minit kami pon sampai di Mak Cik Gemuk Beach Resort dan terus ke reception untuk check ini . Alhamdulillah semuanya cantik dan kami berehat seketika, kira kira pukul 11 lebih kami bersiap untuk snorkeling dan kami dibawa oleh staf disitu untuk ke tempat snorkeling tapi yang ruginya saya tak bawa phone nak ambik gambar. SubhanALLAH cantik sangat kat kawasan tu ikan kita boleh lihat dan pegang berada ditepi tepi kita.

  Dan seterusnya detik kenangan yang dapat dirakamkan di sana : 

Apa yang korang boleh dapat kat sini?
snorkeling
kayak
barbeque
main bola tampar 

hehe... 


komen : harga agak sedikit mahal terutamanya makanan disarankan untuk korang bawak sendiri makanan2 ringan dapatlah save bdget sikit especially student kan. yang lain memang superb,tempat memang cantik .
ok sy tinggalkan anda dengan sedikit review : video :)

video

Monday, 15 April 2013

Aku juga anak berdosa...

Duhai anak,mengapa begini?

ibu ayah bekerja siang dan malam ,seawal 4, 5 pagi sudah bangkit dari tidur meninggalkan segala penat di belakang untuk menyiapkan sarapan dan mencari rezeki untuk keluarga

saat itu anak masih dalam lena.
Untuk apa ibu ayah berkorban meninggalkan masa masa muda dan tua mereka?
Hanyalah untuk menyara,menjaga ,membesarkan anak anak mereka ini untuk menjadi insan yang berguna

Duhai anak ,
saat kecilmu,dirimu tidak terfikir untuk mengecilkan hati ibu ayahmu
Namun apabila dewasa! segala langkahmu memilukan hati orang tuamu!
anak yang dahulu tingkah di jaga, melupakan segala jasa

disuruh bersekolah, ponteng dan rempit kau berikan kepada org tuamu
solat dan doa kau lupakan ,Pencipta mu ,kau lupakan
apa yang kau cari di dunia ini, adakah hiburan semata?
tidakkah pernah terlintas dihatimu luluhnya hati ibu ayahmu ?
tidakkah pernah terlintas sebentar lagi mereka akan pergi untuk selamanya kerna perbuatan kita?

ternyata anakku kau masih belum dewasa ,kau masih belum faham tentang dunia jawab orang tuamu ,aku memaafkanmu kerna kau anakku jawab ibu ayahmu.

Setiap jiwa, insan pernah dan akan melalui usia muda dan tua , akan merasai pengalaman mjadi anak dan mnjadi ibu ayah
Siapa kita di masa sekarang akan menentukan siapa kita di masa hadapan

Berjuanglah betulkan akidah dan akhlak bukan hanya untuk diri kita ,kerna ianya akan menjadi manfaat untuk semua.

aku juga berdosa dengan semua tapi apakah kita mahu untuk selamanya?
Siapa pun kamu ,sekeras mana hatimu pulanglah,maafkanlah
kerna mereka orang tuamu


Friday, 8 March 2013

Tuesday, 5 March 2013

GEMA trip : Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum , haa dah lama tak menulis cerita kat blog ni kali ni saya nak cerita pasal trip ke Melaka, Bandaraya Bersejarah yang telah di rancang oleh pidot one of the gema exco... 

Alhamdulillah terlaksana juga misi kali ini untuk buat trip and saya dan adib or senior2 jadi peserta kali ni hehe...

Kitaorang bertolak ke melaka pada 21 hb melalui jalan kuantan, kuala lumpur then baru ke melaka sampai kira2 pukul 3 pagi dan berhenti rehat di rehat dan rawat . Sebelum bertolak ke Masjid Selat Melaka untuk solat subuh dan bersihkan diri..

Selepas solat subuh kami siap2 utk srapan dan bertolak pula ke muzium Islam Melaka dan berada disitu sekitar beberapa jam dan ke muzium seni rakyat yang terletak berhampiran dari situ sahaja

Petangnya pula sedikit aktiviti yang diberi nama tautan ukhwah dijalankan dekat2 dengan stadium hoki tun fatimah ...
 Yang seronok pada malamnya tahu tak apa? kitaorang p naik rivercruise ramai2 hehe quite fun bila ramai2 gether dalam satu event ni bukan senang nak duk dalam satu group... ehehe


Esoknya pula kitaorg ke Muzium Kesultanan Melaka yang sgt banyak maklumat yang kita boleh dapat kat sini especially kepada pencinta sejarah ... taklimat yang cukup menarik daripada saudara atau abg sabri yang btugas pada masa itu..


Then, dah pusing2 satu muzium guess what? shopping time !! hehe walaupun tak shopping pon just pusing2 sekitar malacca parade 
ada yang shopping sakan ada yang cuci mata je ada yang p cari tempat makan...hehe.... 


Selepas itu kitaorang ke zoo melaka yang terletak di ayer keroh kalau tak silaplah , waah ramai orang hari tu .... kat zoo ni lebih kurang zoo yang lain je hehe anyway enjoy!


kemuncaknya kami bertolak pulang ke dungun tercinta...sekian...
gambar 6ti upload hehe... sekian... :)   

  

Friday, 25 January 2013

Bloglist Pertama FWenity3!jom tampal!!! done add blogname :)

Assalamualaikum semua!!! haa lama kan tak nampak saya publish post baru almaklumlah semester baru bermula so agak sibuk sikit menghadiri class dan sewaktu dengannya...mesti ada yang tertanya kenapa mood saya agak aktif sekarang ini,hehe sebenarnya tertarik tengok orang buat bloglist, fikir fikir nak buat jugaklah hahaha :P

So apa yang diperlukan untuk berada di dalam bloglist fwenity3 ini ya? haa kepada bloggers sejati mesti korang dah expert betul pasal ni kan....heheh.... bukan apa dengan ada benda ni senang sikit nak tengok kwn2 fwenity 3... :) sebelum itu ,saya nak hadiahkan korang semua dengan benda ni hehe 

ok kita sambung langkah seterusnya ya? hehe syarat syarat untuk berada di dalam bloglist fwenity3 : 
the main regulation is chewaah speaking hehe mestilah jadi followers fwenity3 terlebih dahulu,susah tak agak2? hihi
jemput add fwenity3 as your friend taw :D
1.korang kena pastekan atau tampal gambar yang saya letak kat bawah ni dan link kan kat entry ni ok?
2.tajuknya Bloglist Pertama Fwenity3!jom tampal!
3. haa dah siap? ambik gam tampal kuat kuat gambar tu hehe..jangan paku plak laptop korang 2.
hehe gambar tu sebenarnya masa tengah perform nasyid kat satu event ,sambil sambil 2 kita promote industri nasyid kan :D
fwenity3 mengharapkan penyertaan yang baik walaupun pertama kali dibuat lagipun blog ni tak semeriah mana haha 
just give your support and we will give fully support 2 you 
bloglist ini akan tamat pada 31/1/2013 jam tak dapat di confirmkan lagi hehe.. :D sekian sayang dari kami hihi :D selamat mencuba      
 
ok senarai geng blogger yang dah post link kat sini ,congrat taw : 
4.Vee 
 
jumpa lagi ye hehe :D
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...