Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca
Moga semuanya dalam keadaaan sihat dan terus mengucapkan syukur kpd ALLAH S.W.T atas segala nikmat yang telah di berikan olehNya. Ada yang kaya ,ada yang miskin, ada yang sakit , ada yang sihat
bersyukurlah kerna itu semuanya nikmat tanpa kita sedari.
Kali ini hati ini tergerak utk menulis soal UJIAN yang mana setiap dari kita terbiasa dengannya ,
Apa yang dimaksudkan ujian?
ujian ini satu kesusahan atau sebenarnya nikmat yang diberikan oleh Pencipta kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita menghadapi tiap satu jenis ujian
Firman ALLAH S.W.T :
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Pabila diamati soal ujian ini , kesenangan itu juga ujian menguji sama ada kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH berikan atau nikmat itu menyebabkan kita alpa dengan keindahan dunia ,
dan kesusahan itu juga ujian buat mereka yang berfikir kerna kesusahan akan mendidik jiwa kita untuk lebih bersyukur dan mendekatkan diri kepada ALLAH
Sebagai perkongsian pengalaman , aku ditemukan dgn beberapa orang sahabat yang bertemankan ujian , ada sebahagiannya bersyukur dan ada yang merungut soal ujian
ada yang bertanya, Kenapa Aku di uji?kenapa tidak orang lain? kenapa aku miskin? kenapa hanya aku di uji sdg teman aku yang lain bahagia ,tidak punya masalah?
Sebenarnya dengan menyoalkan sedemikian kita telah menafikan hak ALLAH sebagai Pencipta kita , lupakah kita hanya hambaNya, segala nikmat,ujian, musibah datang dariNya,
sebagai hambaNya, pujuklah diri untuk terus beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH , kerana apa? kerana ALLAH rindukan hambaNya yang sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya
Firman ALLAH S.W.T lagi :
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]
Apa yang pasti setiap dari kita merasai ujian , dan setiap dari kita akan melalui ujian yang berbeza dan yakinlah bahawa ALLAH S.W.T tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang dia termampu.
Usahalah hadapi ujian itu dengan iman,perbanyakkan amal ,terus dan istiqamah mencintai agama ALLAH,
Soal ujian ini jugalah banyak yang meragui janji ALLAH terhadap hambaNya,
ada yang melontarkan , aku dah xlarat dengan ujian ni, aku dah tak snggup, kenapa ALLAH terus uji aku? malah ada yang cari jalan mudah dengan mahu membunuh diri
Sebagai orang yang beriman , ALLAH adalah tempat sebaik2 pergantungan , sebaik2 tempat untuk memohon, sebaik baik tempat untuk meluahkan, kerna Dia Pendengar Yang Setia,
kerna setiap aib kita akan di jaga oleh ALLAH S.W.T . Yakinlah setiap laluan,setiap air mata yang mengalir ada hikmah mengalir bersamanya
Diri ini juga tak pernah terlepas dari ujian dan sentiasa di uji,air mata juga sentiasa mengalir dan berkongsi bersama dengn sahabat2 yang menghadapi ujian , anggaplah ujian satu penawar yang menguji sejauh mana cinta kita kepada ALLAH. Jangan terus mengharapkan kesenangan ,kerna di sebalik kesusahan itu bersamanya ketakwaan.
sebagai renungan, sebesar apa ujian kita nak dibandingkan dengan saudara seIslam kita di bom,dibunuh,dirogol, dan mereka masih pertahankan kalimah LailahaillALLAH ,
sedangkan kita di diberikan sedikit ujian terus melatah
Tips Menghadapi Ujian :
1) Berdamping dengan orang beriman dan melakukan kebaikan
2) Banyakkan mengadu kepada ALLAH S.W.T
3) Banyakkan amal dan munajat kepada ALLAH S.W.T
4) Amalkan sedekah bagi yang mampu
5) Sentiasa bayangkan ujian orang lain lebih besar dari ujian yang kita hadapi
6) Ucap alhamdulillah atas ujian dan istighfar saat kita mengeluh dengan ujian
semoga setiap dari kita diberikan kekuatan untuk menghadapi apa namanya UJIAN dan berdoalah kepada ALLAH agar diberikan teman yang boleh mendengar di saat susah dan senang ,insyaALLAH
dan ALLAH jua lah Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi

No comments:
Post a Comment