Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Tuesday, 30 July 2013

DOA SELEPAS SOLAT

Assalamualaikum 


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahirabbil 'alamin
Segala puji bagi Allah yg menguasai seluruh alam

Allahummasolli 'alaa sayyidina Muhammadin wa'alaa alii sayyidina Muhammad
Ya Allah, curhkankanlah sholawat serta salam bagi Nabi Muhammad SAW dan kpd keluarganya dan para sahabat semuanya

Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut
Ya Allah, kami memohon keselamatan agama, dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu, berkat rizki serta taubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan ampunan setelah mati

Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab 
Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut, Selamatkan kami dari api neraka, Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan

Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana Wa hablana milladunka rahmah Innaka anta al-wahab
Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, Berilah kami rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi 

Rabbana atina fid-dunya hasanah Wa fil-akhirati hasanah Wa qina adzabannar
Ya Tuhan kami, Karuniailah kepada kami kebaikan di dunia dan karuniailah kepada kami kebaikan di akherat serta peliharalah kami dari adzab neraka

Sunday, 28 July 2013

Next DEstination : Bachelor of Administrative Science (Hons)

Alhamdulillah seperti selalu , syukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya, Allah Yang Maha Pemberi.

Debaran dan yang ditunggu telah berlalu hehe , keputusan ke degree telah diketahui pada 19 Julai 2013 tarikh yang menjadi kenangan hidup dan telah diceritakan pada entry yang lepas kalau korang bacalah haha .
Setelah hampir 3 tahun bertarung,bertahan di uitm dungun pelbagai kenangan diukir di sana walaupun tak famous kat sana hahaha. Untuk yang belum mengenali sebelum ini aku mengambil jurusan diploma pentadbiran awam yang umum kos ini pada asalnya 3 tahun dan telah disingkatkan kepada 2 tahun setengah
yang mana merangkumi subjek ctu,bel,pad iaitu public admin,economy,account,law, and many more.
Kepada mana mana yang berminat dengan sejarah atau membaca anda disarankan untuk mengambil kos ini , namun jika anda berasal dari jurusan sains jangan takut kos ini salah satu peluang terbaik anda walaupun tidak punya basic account or economy .

Okay next haha : Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
                           Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam

Mungkin ada yang resah dan keliru apabila mendapat tawaran ini, terfikir apa benefit dan advantages apabila terjebak dengan course ini bukan ?

disini ada sedikit imbasan buat anda : 


Programme Information

The Bachelor of Administrative Science (Honours), acronym BAS (Hons), is a 3 year programme which prepares graduates for employment in the public and private sectors. The programme is a creative and unique blend of the knowledge and skills needed to thrive in these sectors. Strategic management, people management and technology management underpin the programme. With a multidisciplinary focus, administration bias and a global orientation, the programme provides the students with a healty mix of knowledge base that is a sine qua non for employment in the new millennium. The students can further deepen their knowledge and hone their skills by choosing from a range of elective to match their own preference and career plans.


The programme is offered in the Shah Alam, Sarawak, Sabah, Melaka, Kedah and Terengganu will be offered in other UiTM campuses in the near future.

credit to : link for information bachelor of admin science

dan course ini mendedahkan tentang currents issues,poltics,our goverment, anda the administration handled by them yang akan beri peluang untuk kita concern dengan apa yang berlaku dalam or luar negara. 
Peluang pekerjaan focus on goverment sector compared to bachelor of corporate admin more to private sector. Nak jadi pegawai tadbir diplomat (PTD) bolehlah apply by this added value for this course. 

Memandangkan aku dari penerapan diploma akhir uitm dan ke degree uitm , okay teruja nak bagitahu haha,
kami terus ke semester 3 kerana boleh transfer credit dari dip. Ini yang menariknya hehe so jimatlah masa for one year kan , jadi tempoh masa matang for me is 2 tahun to finish my degree. 

here the course outline : 
                                         Subject :    Part 1 till Part 2

Subject : Part 3 till Part 6




Yang tengah pening lagi macam mana course ini dan apa semua jangan risau ,try dulu belum cuba belum tahu kan,dah masuk mesti suka hahaa promote sikit 

walaupun suka,gembira tapi pada masa yang sama eden poning juga ,shah alam tuh dah lah kampus besar silap silap mau sesat hahaha satu lagi jauh dengan family dan shah alam hanya kampus transit kami dan kampus tetap kami adalah seremban 3 yang akan dibuka tidak lama lagi

sekian dari kami , kawe ,ambo ,ceq,
hahaha

selamat berpuasa dan salam kemaafan. 


Monday, 22 July 2013

Catatan : Merisik Khabar Kejayaan

Terhenti sejenak fikiran ku menjengah masa depan yang masih belum pasti, mengimbau kembali masa silam , zaman kanak kanakku yang hadir dengan pelbagai harapan dan impian.
Mungkin masih ada dalam kalangan rakan rakanku yang masih belum jelas soal kehidupan mereka. 


Status kelas pertengahan memotivasikan kami untuk berusaha sekadar yang termampu biarpun tidak berada dalam kalangan pelajar pintar. Namun ianya tidak menghentikan niat dihati untuk berjaya. Bermula dizaman sekolah pelbagai cita cita bermain di kotak fikiran pada mulanya pegawai tentera ,guru, ahli sejarah,ahli arkeologi mungkin kerna faktor meminati sejarah ,barangkali ianya hanya angan angan mentah . 

Seterusnya melangkah ke peringkat kehidupan yang lebih mendewasakan, dari kanak kanak ke tingkat remaja dan kini ke peringkat dewasa. Mungkin tak banyak kejayaan untuk dikongsikan namun ambillah sebahagian daripadanya sekiranya ia bermanfaat . 

Ya, aku bukan berasal dari keluarga yang cemerlang yang rata ratanya berlatarkan universiti dan menjadi mahasiswa hanya ,keluarga biasa. Hanya jumlah kecil keluargaku yang berjaya mendapat tempat di universiti dan faktor kemiskinan memaksa sebahagiannya melupakan cita cita dan harapan. 

Melangkah ke diploma selepas tamat spm mungkin perkara common bagi sebahagian orang yang berjaya namun bagi keluargaku mungkin ianya satu titik mula ,detik kejayaan dan harapan keluarga. Kerna ilmu itu pengubah kehidupan dan penentu kejayaan. Aku juga tak menyangka akan menghabiskan diploma saat rakan rakanku ada yang mengalah , tapi alhamdulillah walaupun sedikit lambat aku bersyukur ,detik itu semakin menghampiri. 

Kini tiba saat menunggu keputusan degree yang dalam kiraan ku peratusnya sangat tipis barangkali soal result yang tak begitu baik berbanding yang lain. Menunggu jawapan dari uitm sememangnya mengundang jiwa gundah ,hati melayang memikirkan masa depan yang masih tak terjejak. Tanggal 19 julai 2013 menjadi saksi , tanganku menyusuri tetikus dan papan keyboard memerhati tiap gerak browser yang dibuka, jantung pasti menari laju menantikan apa yang menanti .

Alhamdulillah , terpampang anda ditawarkan, hanya Allah yang tahu , melompat kegembiraan , lalu berkejar mendapatkan ma yang ada dibawah menantikan keputusannya . Sujud syukur kepadaNya.


Barangkali cerita aku ini hanya cerita kosong dan biasa sahaja, namun apa yang ada dalam hatiku ingin melihat ianya menjadi motivasi kepada sahabat2 di luar sana agar melihat dan merenung pada diri agar jangan berputus asa dengan usaha dan tawakal kepadaNya ianya pasti bisa dicapai . 

aku anak yatim , dan kamu mungkin senasib denganku , mungkin ada yang lebih dahsyat ujiannya
bangkitlah untuk apa yang namanya kejayaan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...