Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Saturday, 7 April 2012

Hidayah milik Allah :) dan kita wajib berusaha mencari redha Allah ..

Assalamualaikum kepada semua pembaca,hope semua berada dalam keadaan sihat dan selalu bersyukur atas nikmat iman dan nikmat Islam yang masih kita kecapi pada hari ini... 


Hidayah...sebenarnya bukanlah niat untuk memberi tazkirah dan sebagainya kerana saya sendiri insan yang penuh dosa ,bukan jua untuk berbicara tentang pemilik bernama hidayah cuma terpanggil untuk menulis sedikit tentang pengalaman dan fikiran yang tidak seberapa ini...

Ape erti sebenar hidayah?Hidayah ini bermakna petunjuk Allah ke arah kebenaran...petunjuk yang mampu membawa manusia ke arah jalan yang sebenar benarnya.Malah orang yang menerima hidayah dari Allah adalah orang yang beruntung jika mereka berusaha mencari iman.

Tidak semua orang di berikan hidayah oleh Allah...ramai orang Islam yang mengaku Islam tapi tidak menunaikan kewajipan sebagai Islam saya juga tidak terlepas,misalnya solat lima waktu,mengapa kita liat untuk menunaikan lima solat fardhu sehari semalam??? bukankah itu suruhan Allah???
Sebagai muslim marilah kita bersama sama berusaha untuk menuntut redha Allah...walau seleka mna pon kita dengan dunia,solat wajib di tunaikan,andai kata kita terlepas waktu solat ,qada solat itu daripada di biarkan begitu sahaja...



Jangan takut untuk berubah ke arah kebaikan kerana kebaikan memberi kita kekuatan dan mengajar kita untuk terus berusaha.Hidup ini juga memerlukan pengorbanan,berhijrahlah bila kita terlintas untuk melakukan kebaikan.


Kadang kadang saya terfikir,kita sebagai umat Islam tidak malu dengan Allah melakukan perkara perkara mungkar???pada hakikatnya kita malu,malu semalu malunya tapi kerana kurangnya kekuatan iman,mendorong kita terus hanyut melakukan kemungkaran..seperti saya sendiri yang tidak berhenti melakukan dosa..ada kadangnya terfikir tetapi tiadanye kekuatan,memberi peluang kepada syaitan untk menguasai diri yang lemah ini...


Sedarlah Umat Islam!kepada saya sendiri,dalam ape jua keadaan pon..apa jua yang kita lakukan ,Uzkurullah,ingatlah akan Allah kerana apabila kita ingatkan Allah ,kita akan berasa takut untuk melakukan kejahatan 


Marilah bersama berusaha ke arah yang lebih baik.... :D












2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...