Search This Blog

klik sekali dapat duit sekali.. :)

jom klik lagi.. :D

http://www.churpchurp.com/nwarismail/share/churpchurp-invite

Wednesday 19 September 2012

yakin pada Dia

Seperti biasa Assalamualaikum kepada semua pembaca ,kali ini saya ingin berbincang mengenai keyakinan kita kepada Allah S.W.T...  :)


.

Berbicara tentang kalimah LailahaillAllah  Muhammadarrasulullah....yang dimana kita meyakini bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Sebagai umat Islam ianya asas utk kita memahami Allah sebagai pencipta kita serta bagaimana kita meyakini kebesaran Allah S.W.T.

Allah S.W.T Maha Mengetahui,Maha Pengurnia yang di mana terletak semua kekuasaan ke atasNya .Makhluk seperti kita tiada apa daya kuasa melainkan dengan pemberian oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya kita sebagai umat Islam perlu yakin pada syariat Islam dan melaksanakan segala perintah yang telah di turunkan dan meninggalkan perkara yang di larang oleh syariat. Kita perlu sedar bahawa kehidupan kita di atas dunia juga hanyalah pemberian dari Allah,maka kita sebagai hambaNya perlu beribadah kepadaNya.

Namun situasi sekarang berbeza manusia sombong,angkuh,ingkar akan perintah agama. Kita semakin hanyut dalam arus dunia yang semakin melalaikan dengan pelbagai hiburan yang ada termasuk diri saya sendiri. Iman kita juga sering berkurang,terlalu mengikut hawa nafsu yang mana merosakkan jiwa kita dalam kita tidak sedar. Ini terjadi apabila kurangnya kefahaman terhadap agama.Manusia kian hilang pedoman apabila nafsu didahulukan

Untuk itu,sebagai hamba yang ingin mendapatkan keredhaan daripada Allah S.W.T kita mestilah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bertaubat untuk menggapai redha Allah.Sebagai makhluk yang diciptaNya,kita mestilah meyakini bahwa Allah Maha Mengetahui akan setiap perbuatan dan amalan kita.Percaya segala nikmat yang kita perolehi semuanya datang daripada Allah.Nikmat kesenangan,kekenyangan,kekayaan,kesihatan,kebahagiaan,kepandaian semuanya datang daripada Allah



nikmat makanan yang sedap datang dari Allah bukannya tukang masak or chef yang msak makanan tu,kekayaan bukannya datang dari bos yang bagi gaji tapi dari Allah... keputusan yang cemerlang walaupun datng dari usaha kita namun Allah yang kurniakan kejyaan itu

Maka kita sebgai mukmin yang bertakwa wajib sentiasa mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan beramal untuk sentiasa menggapai rahmat dari Allah S.W.T (Berpesan kepada diri sendiri kerana diri ini juga sentiasa melakukan kesilapan dan maksiat,segala kesalahan dari post ini diharap diberi teguran ) 

Sekian .....

4 comments:

  1. Apa-apa pon setiap yang dirancang oleh Allah S.W.T. adalah yang terbaik untu kita.. ^_^ kita just follow ja.. =)

    ReplyDelete
  2. hehe yup bro....yakin yang terbaik dari Allah... :) thanx 4 visit :D

    ReplyDelete
  3. hmmm.. bagus ni. yang penting kena yakin..

    ReplyDelete
  4. yakin dan ikhlas dalam setiap apa yg kita lakukan... :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...