Oh Ibu! Seawal jam 4,5 pagi kau sudah mulakan tugasmu,walaupun keletihan kau lantas bangkit,gagahkan diri untuk memulakan harimu,bangun memasak tatkala anak anakmu masih lena dibuai mimpi indah.
Keletihan,kepenatan semalamnya telah engkau lupakan demi menggalas hidup dihari esok,peluh yang membasahi tubuhmu menggambarkan kesungguhanmu membesarkan putera puterimu tanpa mengharapkan sebarang balasan.Cinta ibu,siapa lagi sanggup melayan kerenah anak anakmu yang nakal selain dari ibu, setelah siap memasak yang hidangannya sesuai dengan selera anakmu,dirimu bersiap untuk ke tempat kerja ,begitulah sehari hari hidupmu dihiasi dengan perkara yang sudah dianggap biasa lebih lebih lagi selepas pemergian suami tercinta.
Di tempat kerja,kau curahkan tenaga untuk menyara anakmu,membesarkan mereka, tidak ada sekelumit rungutan yang kau lemparkan,tanpa sebarang simpati yang kau harapkan,kerja dijalankan mengikut arahan,tika kami masih kecil hingga kini,dirimu sentiasa outstation hanya untuk mendapatkan lebih rezeki untuk keluarga kita.
Cinta ibu,setelah pulang dari kerja jam 5 petang sekali lagi berdepan dengan tingkah laku anak,mengemas rumah,memasak namun kau masih menghulurkan senyuman demi anak yang tercinta walaupun badan terasa penat,mengharapan ruang rehat.Kerjaya sebagai ibu,ayah terus kau galas hebat walaupun rintangan dilalui. Kini anakmu sudah dewasa,ada yang melangkah ke universiti,ke sekolah berasrama,duit tidak sama seperti dulu,banyak perbelanjaannya.
Namun ibu hanya tersenyum ,tak apa,ma boleh tampung lagi,hanya perasaan malu dapat aku saratkan didalam hati ini,masih tidak dapat menanggung keluarga buat masa ini.Terlalu banyak cerita,pengorbanan untuk diceritakan tentang ibu,airmata yang mengalir kerana anak anaknya,
Sehinggalah detik itu,ibu disahkan menghidap beberapa penyakit,hanya air mata yang dapat mengalir,apa yang mampu aku lakukan,berapa lama lagi ruangku?Ibu tidak seperti dahulu lagi,kesihatan yang terjejas seringkali mengundang ubat ubatan untuk berada disisi,banyaknya kesusahan yang terpaksa ditanggung,menghantar anak kesitu kemari, temanku seringkali mempersoalkan kerapnya aku pulang kerumah,andai sahaja mereka tahu situasi aku dan berdepannya sendiri pasti mereka mengerti.
Mungkin aku dan adik adikku bukanlah anak yang soleh dan terbaik,namun jauh dalam hati ini sentiasa mengharapkan yang terbaik,sentiasa mengharap untuk punya ayah seperti yang lain,doa kami untuk arwah ayah sentiasa dikirim, dalam doaku pasti ada ruang untuk ibu agar Allah sentiasa memberikan kesihatan yang terbaik,umur yang panjang, kebahagiaan dunia dan akhirat dengan ruang yang masih ada insyAllah kami akan memberikan yang terbaik untuk keluarga,berdoalah sauadaraku agar kami diberikan kekuatan untuk sentiasa berusaha dalam mencapai redhaNya.
Sejauh mana pengorbanan anak tidak dapat menyamai pengorbanan ayah dan ibu,cintalah,doakan mereka agar kita sama sama dapat merasai kasih sayang :)
Luv you mum :D |
Pengorbanan Ibu -
KhairulAnwar Ismail
No comments:
Post a Comment